saya dh start internship dkt giatmara bukit katil..
so...enjoy..
tp...tuhan tlg permudahkan segala urusan saya selama saya disana..
NURUL AINIE BAKHARI
Rabu, 2 Januari 2013
Ahad, 18 November 2012
Khamis, 15 November 2012
JOM BELAJAR....( pNeUmATiK )
PNEUMATIK
- Sistem Pneumatik merupakan sistem yang menggunakan udara termampat sebagai medium pemindahan kuasa. Udara termampat diambil daripada udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan menggunakan pemampat udara (compresor) kendalian motor elektrik. Sistem Pneumatik banyak digunakan di dalam industri pemasangan komponen elektrik, makanan dan industri yang lain.
PRINSIP - PRINSIP SISTEM PNEUMATIK
- Prinsip sistem pneumatik : - Sistem pneumatik yang mudah mengandungi pemampat, pengering dan penyejuk, penapis udara, pengatur tekanan, alat pelincir, injap kawalan berarah, penyenyap, injap kawalan aliran dan silinder. Fungsi komponen tersebut secara ringkas adalah: -
Pemampat
- Memampat udara tekanan atmosfera.
Pengering dan penyejuk
- Untuk menyejukkan udara dan mengeluarkan pemeluwapan.
Penapis udara
- Mengasingkan bendasing daripada udara termampat.
Pengatur tekanan
- Melaraskan tekanan mengikut keperluan sesuatu sistem.
Alat pelincir
- Menyembur minyak pelincir ke dalam udara termampat untuk dibawa ke bahagian bergerak seperti injap kawalan berarah dan omboh dalam silinder.
Injap kawalan berarah
- Mengawal arah udara termampat ke liang yang tertentu.
Injap kawalan aliran
- Mengawal kadar aliran termampat ke silinder.
Penyenyap
- Mengurangkan bunyi bising yang dihembuskan melalui liang ekzos yang tertentu.
Silinder
- Sejenis penggerak yang digunakan untuk membuat kerja.
FUNGSI BAHAGIAN - BAHAGIAN DALAM SISTEM PNEUMATIK
- Pengering dan penyejuk
Udara termampat
yang disalurkan daripada pemampat adalah bersuhu tinggi. Udara termampat juga
mengandungi wap air yang boleh mengakibatkan pemeluwapan keluar melalui liang
injap kawalan berarah. Bagi mengurangkan pemeluwapan berlaku, pengering dan
penyejuk dipasang diantara pemampat dan penerima. Ini bertujuan untuk
menyejukkan udara termampat dan menghasilkan pemeluwapan. Pemeluwapan boleh
dibuang melalui injap salur yang disediakan pada alat pengering dan penyejuk.
- Penapis udara
Udara termampat mungkin
mengandungi bendasing seperti habuk dan pasir halus. Bendasing ini boleh
mengganggu pergerakan bahagian yang bergerak. Oleh itu penapis udara( rajah di
bawah) dipasang pada talian Pneumatik untuk menapis bendasing. Dalam penapis
udara terdapat pemesong, penyekat dan elemen penapis. Pemesong menyebabkan
udara termampat berpusar lalu mengasingkan bendasing dan pemeluwapan. Bendasing
akan terperangkap di bawah mangkuk. Penyekat menghalang bendasing dan
pemeluwapan daripada berpusar kembali ke udara termampat. Bendasing yang lebih
halus tetapi tidak diasingkan oleh pemesong akan ditapis oleh elemen penapis
sebelum udara termampat disalurkan ke komponen lain dalam sistem pneumatik.
Bahan elemen penapis diperbuat daripada kertas atau logam. Pemeluwapan yang
bertakung dalam mangkuk penapis boleh dibuang dari masa ke semasa dengan
membuka palam saluran.
- Pengatur tekanan
Biasanya tekanan udara
dalam penerima dilaraskan tinggi sedikit daripada tekanan yang diperlukan oleh
sistem pneumatik. Ini adalah untuk memastikan tekanan udara yang akan
dibekalkan kepada sistem pneumatik sentiasa berada pada tahap yang dikehendaki.
Tekanan udara itu mesti dilaraskan sekali lagi sebelum disalurkan ke alat
pneumatik untuk mencegah kerosakan pada sambungan litar pada komponen
pneumatik. Pengatur tekanan boleh ubah (rajah dibawah) digunakan untuk
melaraskan dengan memutar tombol. Apabila tombol diputar arah lawan jam,
gegendang akan menolak pegas ke atas dan menyebabkan liang injap menjadi lebih
kecil. Ini akan menurunkan tekanan udara yang mengalir ke sistem pneumatik.
Tekanan yang telah dilaraskan ditunjukkan oleh tolok tekanan. Proses sebaliknya
juga boleh berlaku.
GAMBARAJAH 1 : PENGATUR TEKANAN
- Alat pelincir
Minyak pelincir diperlukan
untuk memanjangkan hayat dan melicinkankan pergerakan komponen pneumatik
tertentu seperti kili injap kawalan berarah darn omboh silinder. Udara yang
mengalir melalui liang alat pelincir (rajah dibawah) menekan minyak pelincir
dalam mangkuk. Minyak itu naik melalui tiub sifon dan menitis melalui tiub
titis. Minyak menitis tidak bercampur dengan udara termampat secara terus
tetapi mengalir keluar dari muncung lalu bertukar menjadi kabus. Kabus minyak
terapung dan selepas itu mengalir keluar bersama udara termampat. Kadar titisan
minyak pelincir boleh dilaraskan pada alat pelincir dengan memusingkan skrunya.
Minyak pelincir tidak sesuai digunakan dalam proses pemakanan kerana ia boleh
mencemarkan makanan semasa diproses. Biasanya, memproses makanan menggunakan
alatan tanpa alat pelincir.
- Injap kawalan berarah
Injap kawalan jenis kili
digunakan dengan meluas dalam sistem pneumatik. Injap kili 5/3 (rajah di bawah)
menunjukkan udara termampat memasuki ruang silinder melalui liang masuk P ke A
dan udara ekzos dari silinder keluar melalui liang B ke liang ekzos S.
Kedudukan kili boleh dialihkan dengan mengenakan daya pada mana-mana hujung
kili tersebut. Kedudukan kili ini boleh dialihkan dengan gerakan mekanikal, manual,
udara, elektrik (solenoid) ataupun cecair.
- Penyenyap
Udara daripada silinder yang
dihembus melalui liang ekzos injap kawalan berarah akan menghasilkan bunyi yang
kuat. Biasanya penyenyap dipasang pada liang ekzos untuk mengurangkan bunyi
tersebut.
GAMBARAJAH 3 : PENYENYAP
- Injap kawalan aliran
Injap
ini mengawal kelajuan gerakan omboh silinder dengan mengawal kadar alir udara
termampat. Rajah di bawah menunjukkan injap kawalan aliran boleh ubah jenis
jarum. Kadar aliran udara termampat boleh dilaraskan dengan menukar pelarasnya.
GAMBARAJAH 4 : INJAP KAWALAN ALIRAN
- Penggerak
Silinder adalah sejenis
penggerak yang digunakan untuk melakukan kerja. Rajah a di bawah menunjukkan
silinder tindakan satu arah dengan satu liang dan kembalikan pegas. Tekanan
daripada udara termampat yang memasuki liang akan menghasilkan daya bertindak
ke atas omboh. Apabila daya mengatasi daya pegas, omboh akan digerakkan.
Setelah bekalan udara termampat dihentikan, daya pegas akan mengembalikan omboh
ke tempat asalnya. Pada silinder tindakan dua arah (rajah b) terdapat dua liang
bagi udara termampat mengalir keluar atau masuk.
GAMBARAJAH 5 (A) : SILINDER
SILINDER TINDAKAN SATU ARAH DENGAN SATU LIANG DAN KEMBALIKAN PEGAS
GAMBARAJAH 5 (B) : SILINDER
SILINDER TINDAKAN DUA ARAH
PENYAMBUNGAN ALAT PNEUMATIK
- Komponen pneumatik disambung untuk membuat kerja.
- Penyambungan injap kawalan berarah 3/2 kepada silinder tindakan searah.
- Liang A pada injap kawalan berarah disambung kepada liang 1 di silinder. Apabila kili berada dalam keadaan neutral, udara termampat tidak memasuki silinder kerana aliran tersekat di liang P. Setelah kili dialih ke kedudukan kedua, udara termampat boleh mengalir dari liang A dan memasuki ruang silinder. Udara termampat menolak omboh ke kiri seperti dalam rajah di bawah.
Kili berada dalam keadaan neutral dan dalam keadaan kedua.
GAMBARAJAH 6 : PENYAMBUNGAN INJAP KAWALAN BERARAH 3/2 KEPADA SILINDER TINDAKAN SEARAH
|
Langgan:
Catatan (Atom)